Seminar @ Kursus

Pernahkah anda menghadiri program keusahawan, kesihatan dan kecantikan berasaskan produk herba? Jika belum, Taman Herba Negeri Perak menyediakan pelbagai seminar dan kursus buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan bidang ini. Menariknya, seminar dan kursus yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Taman Herba memberikan anda peluang untuk menambah ilmu dan pengetahuan berkaitan dengan keajaiban herba walaupun anda tidak memiliki latarbelakang mengenainya. Sekiranya anda seorang pengusaha produk herba pula, anda harus mengikuti seminar keusahawanan kerana di sini anda akan dibimbing dari sudut proses penjenamaan, pemasaran dan teknik mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih meluas.

Selain menanjurkan Seminar @ kursus Kami juga menawarkan perkhidmatan sewa Bilik bagi menganjurkan seminar/ kursus / bengkel dan mesyuarat anda. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kongsikan pengalaman anda semasa berada di Taman Herba Negeri Perak bersama kami; sertakan butiran peribadi, alamat anda serta hantarkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Dapatkan cenderahati menarik dari Taman Herba Negeri Perak.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1