Memancing

Di Taman Herba Negeri Perak, kami memiliki 3 buah kolam yang besar dan luas untuk anda melakukan pelbagai aktiviti terutamanya memancing ikan. Terdapat bermacam-macam ikan air tawar di dalam ketiga-tiga kolam ini untuk anda pancing seterusnya mencari ‘port’ yang sesuai untuk anda menaikkan ikan ke darat. Bawalah keluarga atau rakan-rakan untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama di perkarangan kolam seperti berkelah, bermain catur dan membaca buku Ensiklopedia Herba di Taman Herba Perak.

Pakej Memancing Bazaar Sabtu : 3 jam = RM10

Selain itu, pada hari Bazaar Sabtu, pengunjung juga berpeluang untuk memancing ikan di kolam utama taman dengan bayaran serendah RM10 selama 3jam memancing pelbagai jenis ikan air tawar 

Kongsikan pengalaman anda semasa berada di Taman Herba Negeri Perak bersama kami; sertakan butiran peribadi, alamat anda serta hantarkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Dapatkan cenderahati menarik dari Taman Herba Negeri Perak.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1