Latarbelakang

Tapak tanah yang berkeluasan 22 hektar ini pada asalnya merupakan sebuah bekas lombong terbiar. Sejak tahun 1987, dikatakan kawasan tersebut hanya dibangunkan sebagai pusat pemerhati tanaman sayur dan tanaman singkat. Sehinggalah pada tahun 2002, atas idea dan pandangan Menteri Besar Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, tapak tersebut telah ditukar bentuknya menjadi Taman Herba Negeri Perak.

Bermula dari situ, taman herba tersebut melalui proses perubahan dan naiktaraf dengan penanaman dan penambahan pelbagai spesis herba yang dipelihara dan dijaga rapi. Sehinggalah ke hari ini, koleksi pokok herba di Taman Herba Negeri Perak telah mencecah hampir 500 spesis yang terdiri daripada pelbagai spesis lokal dan antarabangsa. Antara spesis herba terkenal yang boleh didapati di taman ini ialah Misai Kucing, Tongkat Ali, Hempedu Bumi, Kaduk, Kacip Fatimah dan Mas Cotek.

Semua spesis tersebut ditanam di tiga tempat yang khusus iaitu di Laman Warisan 1, 2 dan 3 serta di tapak semaian. Selain itu, Taman Herba Negeri Perak ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi menarik seperti berbasikal, berkhemah, herba trekking dan memancing ikan di tiga kolam bekas lombong berkeluasan 14 hektar di taman ini.

Taman Herba Negeri Perak telah dirasmikan oleh Sultan Perak yang ke 34 iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tanggal 18 Jun 2009 dalam satu majlis yang penuh meriah. Turut berangkat sama pada ketika itu adalah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1