Selamat Datang ke TamanHerbaPerak.com!

Sebagai panduan dan rujukan yang menarik bagi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak, TamanHerbaPerak.com menyediakan perkongsian maklumat mengenai pelbagai kegunaan dan khasiat tanaman herba. 

Sebuah ilham informasi dan teknologi yang dicetus oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak, Taman Herba Negeri Perak yang telah melalui proses perubahan sejak 2002 dari tanah bekas lombong yang kontang menjadi tanah yang subur ditanam dengan pelbagai spesis herba. Kini koleksi tanamannya sudah mencecah 500 lebih spesis yang dapat disesuaikan dan diadaptasi untuk ilmu perubatan, aromaterapi dan kosmetik.

Menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang santai dan menyeronokkan, ‘muzium herba dalam bandar' ini akan membuatkan masa lapang anda dan keluarga terluang dengan kegiatan yang disediakan seperti berjogging, berbasikal, memancing, berkhemah, berkayak, fotografi dan banyak lagi! 

Laman web kami akan sentiasa dikemaskini dengan pelbagai berita, aktiviti dan pengumuman serta berkongsi cerita tentang apa sahaja yang berlaku di taman herba. Dari masa ke semasa, setiap pengunjung akan dimaklumkan dengan pelbagai maklumat mengenai setiap aspek bagi menerokai alam herba di Taman Herba Negeri Perak.

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda semasa menyemak imbas melalui laman web ini:

  1. Layari laman maya taman dan menempah kemudahan kami untuk setiap acara dan lawatan anda
  2. Mendapatkan nasihat mengenai aktiviti dan tarikan untuk melawat dan melakukan
  3. Ketahui maklumat mengenai tarikan, acara atau aktiviti dan kaedah lawatan 
  4. Dapatkan maklumat lanjut tentang program-program yang akan datang dan acara dalam Kalendar Aktiviti kami
  5. Ketahui kaedah membeli pokok semaian dan produk berasaskan herba serta cenderahati
  6. Lihat di mana untuk mencari kemudahan-kemudahan seperti tempat bayaran tiket, letak kereta, tandas, kedai cenderahati dan sebagainya
  7. Meneroka keunikan tanaman herba dan tumbuhan-tumbuhan lain yang indah yang tumbuh di Taman Herba Negeri Perak
  8. Teroka, fotografi dan hantar gambar ke galeri kami
  9. Hayati dan pelajari tentang ilmu herba di TamanHerbaPerak.com dan kami akan membantu anda untuk merancang lawatan anda 

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1