Akar Seratus

Tumbuhan renek Akar Seratus merupakan tumbuhan berumpun yang boleh dijumpai di hutan tropika Malaysia. Ianya sejenis tumbuhan yang tidak berbatang dan mempunyai daun berjenis tunggal, selain tersusun padat pada pangkal batang. Selain itu, antara ciri fizikal lain bagi Akar Seratus adalah daunnya yang berbentuk bujur memanjang, dengan bahagian hujungnya yang tajam. Daunnya berwarna hijau tua tumbuh dari pangkal batang di mana daun yang tumbuh secara memanjang jelas kelihatan. Tumbuhan ini boleh tumbuh diantara 2.5 m hingga 5 m tinggi.

Seperti diketahui bunganya berjenis majmuk dimana jambak bunganya tumbuh keluar dari tangkai yang panjang. Warna bagi bunga ini terdiri daripada putih, kuning dan oren dengan kedua-dua set satu dan dua kelopak. Buahnya boleh dikenali dengan bentuk yang bujur dan berwarna hijau.

Peliosanthes teta.

Akar Seratus ataupun nama saintifiknya Peliosanthes teta dipercayai ditanam di beberapa negara lain seperti China, India, Myanmar, Thailand, Laos dan di Malaysia khususnya di Taman Herba Negeri Perak. Nama lain yang terkenal bagi Akar Seratus adalah Derhaka Mentua, Bujang Hilir, China Lily. Berikut merupakan kegunaan Akar Seratus dalam perubatan tradisional:-

  • Ia dapat mengecutkan rahim wanita selepas bersalin dengan meminum air rebusan daun.

Artikel berkaitan dengan Akar Seratus

+ http://serasilestari.blogspot.my/2010/01/akar-seratus.html

+ http://www.efloras.org/florataxon.aspx?flora_id=2&taxon_id=200027837

+ http://www.amdi.usm.my/akar-seratus-plantdatabase

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1