Batu Karang

Strobilanthes Crispus, tumbuhan ubatan ini dikenali sebagai pokok pecah beling atau 'pecah kaca' dalam bahasa Melayu kerana bunyi daunnya apabila dihancurkan menyerupai bunyi seperti kaca dipecahkan. di Indonesia, tumbuhan ini dikenali sebagai nama 'batu karang'. Tumbuhan ini mempunyai batang yang berdiameter 0.2-0.7cm. Kulit luarnya berwarna ungu dengan bintik-bintik hijau dan apabila menjadi tua, berubah menjadi warna coklat. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 2 meter serta tumbuh merimbun. Bunganya bersaiz kecil, mempunyai 5 kelopak serta berwarna kuning. Menurut kajian penyelidikan, khasiat tumbuhan ini dapat bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati, dan kanser payu dara.  

Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae)

Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Antara lain kegunaan secara perubatan pokok batu karang (pecah beling):

  • berupaya mengubati penyakit kencing manis kerana ekstrak air daunnya dikatakan berkesan sebagai agen antidiabetis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah yang telah diuji pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level).
  • Selain dari itu ia juga didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu di buah pinggang. Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing.

Artikel Berkaitan Batu Karang

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1