Bunga Raya

Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Pokok renek ini sering ditanam secara berkelompok atau dijadikan hiasan di pagar rumah.Daun pokok ini sederhana besar dan bergerigi. Bunganya terdapat dalam pelbagai warna dan bersaiz besar seperti corong tetapi lembut dan tangkai stigmanya memanjang dan terjulur keluar. Herba ini digunakan untuk melegakan panas badan, mengurangkan kelemumur dan dikatakan mujarab merawat radang paru-paru dan penawar racun serta barah.

Hibiscus rosasinensis L.

"Chinese Hibiscus" atau 'Rose of China' adalah nama lain bagi pokok bunga raya yang merujuk tempat asalnya.Dalam penulisan kuno tamadun China, ada menyebut kegunaan bunga raya dalam karya sastera dan seni. Oleh itu, bunga raya dipercayai berasal dari kawasan Asia dan Pasifik, terutamanya dari China dan Vietnam. Pokok bunga raya lazimnya ditanam sebagai tumbuhan hiasan taman dan landskap kerana daun serta bunganya yang pelbagai warna dan bentuk. Tumbuhan ini sesuai tumbuh di kawasan tanah berpasir dan kaya humus serta cukup sinaran cahaya matahari.

Secara tradisionalnya, bunga raya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit

  • Air asahan bahagian akarnya dianggap mujarab dan disapukan pada bahagian kulit yang sakit
  • Air rendaman akar pula diminum untuk menyegarkan badan dan sebagai penawar untuk racun
  • Air rebusan akar, daun dan bunga pokok ini dapat membantu merendahkan suhu badan.
  • Jus bunga atau air rebusan dan dan bunga raya sesuai diminum oleh pesakit radang paru-paru
  • Air rebusan daun dan bunganya juga dapat menghilangkan rasa sakit tekak akibat batuk berkahak

Artikel berkaitan dengan Bunga Raya

+ https://www.academia.edu/2976813/Ekstrak_Bunga_Raya_Agen_Antikanser

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-bunga-raya.html

+ http://wajahayu.blogspot.my/2012/01/kelebihan-pokok-bunga-raya-dan.html

+ http://www.bubblynotes.com/2014/01/khasiat-bunga-raya-putih.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1