Ceraka Biru

Ceraka Biru merupakan tumbuhan renek dari kumpulan dikot ini merupakan tumbuhan herba bukan semusim dan tidak berapa dikenali walaupun kegunaannya sebagai herba perubatan  telah diaplikasikan sejak zaman berzaman. Batangnya separa berkayu dengan ranting yang mudah lentur. Daunnya ringkas, berbentuk bujur dengan bahagian hujung daun yang runcing. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Ceraka biru mempunyai bunga yang cantik dan biasanya tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung daripada cahaya terik matahari. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Bahagian yang selalu digunakan dalam perubatan tradisional ialah akarnya.

Plumbago Capensis

Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit. Bersifat anti radang, ia juga digunakan untuk mengembalikan kecergasan badan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis, angin dalam perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di Malaysia, fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid wanita.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1