Karas Gaharu

Gaharu merupakan sejenis kayu dengan pelbagai bentuk jaluran warna khas serta memilikki kandungan damar wangian yang berupa aloe resin yang akan mengeluarkan bau atau aroma khusus apabila dibakar. Ia sangat terkenal di negara negara Arab dan sudah mula diperdagangkan kerana sering digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi, produk perubatan dan majlis keagamaan. Berasal dari perkataan Sanskrit AGURU yang bermaksud kayu berat / tenggelam ia juga lebih dikenal sebagai agarwood, aloewood, eagleswood, jin-ko (jepun) dan oud (arab).

Gaharu diperoleh daripada sejenis pokok dikenali sebagai KARAS (Aquilaria) yang telah disenaraikan sebagai spesies yang sedang pupus oleh CITES kerana penuaian melampau dihabitat asalnya. Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan. Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam. Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.

Aquilaria SPP

Pokok karas yang mengeluarkan gaharu adalah dari famili Thymelaeceae yang mana terdapat 25 spesies Aquilaria dijumpai di seluruh dunia. Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.

Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Pokok Karas Gaharu adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah.

Terdapat pelbagai kegunaan Karas Gaharu dalam indusrtri tempatan antaranya:

  • Penggunaan kayu karas atau Aqualaria spp. dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain.
  • penghasilan teh dari daun tanaman tersebut yang dicampur dengan minyak gaharu. Bahan minuman tersebut adalah baik untuk kesihatan dan dipercayai boleh mencegah penyakit kanser.
  • Produk-produk yang boleh dihasilkan dari Karas Gaharu adalah seperti minyak wangi, sabun, lilin, kosmetik wanita iaitu gincu dan losyen.

Artikel berkaitan dengan Karas Gaharu

+ http://animhosnan.blogspot.my/2013/10/pokok-karas-teknik-penanaman.html

+ http://wafiqahfarmnursery.blogspot.my/2011/07/pokok-karas-gaharu-dan-kegunaannya.html

+ https://jahaniwalit.wordpress.com/2010/04/09/pokok-karasdepu-atau-aquilaria-spp-dalam-family-thymelaecae-boleh-menghasilkan-”agarwood”-atau-lebih-dikenali-dengan-gaharu-spesis-aquilaria-malaccencis-adalah-merupakan-salah-satu/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1