Gelenggang Besar

Terdapat dua jenis gelenggang yang popular di Malaysia iaitu gelenggang besar dan gelenggang kecil. Kedua-duanya mempunyai aroma yang sama. Batang gelenggang besar berwarna hitam, lembut dan bertompok putih dengan diameter antara 5-6 cm. Pokoknya tinggi hingga mencapai 3 meter. Daunnya majmuk (pinat) dan setiap helai berbentuk bujur dan terbit setentang di sepanjang tangkai daun. Hujungnya daunnya membulat (obtus) dengan urat-uratnya berwarna kuning. Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna (saintifik) mempunyai bunga yang berwarna  jingga bergugus dalam satu jambak. Ia kemudiannya menjadi buah berwarna hitam antara 50-70 biji setiap papan.

Daun gelenggang kering yang belum dikisar berwarna kuning pucat, manakala serbuk daun gelenggang berwarna kuning kehijauan. Bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang adalah antraquinone glucosides. Pada lazimnya, daun gelenggang mengandungi tidak kurang dari 2.5 peratus antraquinone glucosides. Pengiraan kandungan bahan aktif yang terdapat dalam daun gelenggang yang telah dikeringkan adalah berdasarkan sennoside ataupun dikenali sebagai senna glycoside. Sennoside merupakan derivatif anthraquinone.Secara tradisional, daun gelanggang digunakan sebagai bahan laksatif (julap). Bahan laksatif bertindak bagi memudahkan pembuangan air besar.Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan sembelit.

Cassia Alata

Tumbuhan yang mempunyai jangka hayat yang pendek ini turut dikenali sebagai Daun Kurap, Daun Kupang, Ketepeng Cina / Ketepeng Badak (Indonesia), Candle Bush (English), Ringworm Bush (Australia) Acapulco, Wild Senna. Herba ini merupakan tumbuhan semak dan liar yang mudah tumbuh melata di tempat-tempat terbuka, kawasan lembap, berpaya dan di kawasan redup. Daun gelenggang telah digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab semenjak zaman dahulu lagi. Ianya telah diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9. Di sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akar Gelenggang Besar digunakan untuk merawat penyakit malaria.

Daun gelenggang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khususnya bagi merawat kulit bermasalah seperti kudis, kurap, kayap, panau dan jangkitan kulat.

  • Daun gelenggang dilumatkan tanpa air dan dicampurkan sedikit (setitik) minyak tanah ke dalamnya. Campuran ini kemudiannya pada tempat yang terkena jangkitan.
  • Minum air rebusan daunnya juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat cacing, penawar sawan, resdung dan merawat bengkak saluran nafas. 
  • Untuk mengatasi masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap.

Artikel berkaitan dengan Gelenggang Besar

+ http://serisubuh.blogspot.my/2010/04/gelenggang-besar-cassia-alata.html

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/11/khasiat-gelenggang.html

+ http://animhosnan.blogspot.my/2013/08/gelenggang-khasiatnya-part-2.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1