Halia

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.Halia ini bersifat panas dan juga lembap. 

Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan dalaman badan dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Zingiber Officinale Roscoe

Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman lain seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit. Batang pokok halia tidak berkayu, tumbuh menegak, berumpun, Rizom yang tumbuh mendatar di dalam tanah bersaiz besar, isi berwarna kuning, kulit berwarna coklat muda, tunas baru berwarna kemerahan.Daun berbentuk bujur dengan hujung menirus, berwarna hijau tua, tepi licin, tangkai daun keluar dari rizom.

Kegunaan halia ini adalah sebagai ulam dan perubatan tradisional tidak asing lagi dalam masyarakat melayu.

  • cara menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.
  • Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
  • minum air halia yang diperah dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, dan sakit perut. 
  • Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.

Artikel berkaitan dengan Halia

+ http://www.zulkbo.com/2013/07/ketahui-khasiat-dan-kegunaan-halia-pada.html

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-halia.html

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Halia

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1