Hempedu Bumi

Hempedu Bumi atau nama lainnya Hempedu Tanah, Akar Cerita dan Pokok Cerita bukan sahaja terdapat di bumi Malaysia, malah ia juga turut dijumpai di negara Thailand, Indonesia dan India. Herba ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi,merawat kencing manis, melegakan demam, pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah. Selain sifatnya yang antiradang, antibakteria dan antivirus, tumbuhan ini juga sangat sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga dengan cara meletakkan daun hempedu bumi yang dilumatkan ke tempat gigitan.

Andrographis Paniculata

Nama lain bagi hempedu Bumi adalah Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), King of bitter,Creat, Green chireta (Inggeris), Kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China) dan Sambiloto. Tumbuhan ini digunakan sejak berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaran perubatan alternatif. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan (autoimmune).Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalah secara ‘decussate’ iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.

Hempedu Bumi digunakan khususnya dalam bidang perubatan antaranya:

  • Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar,menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
  • Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut danletakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.
  • Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

Artikel Berkaitan Hempedu Bumi

+ http://www.forestry.gov.my/herba/hempedubumi.pdf

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Hempedu_Bumi

+ http://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20090529_N_UM_SUP_pg11_Manfaat%20hempedu%20bumi.pdf

+ http://my.agrostreet.com/tanaman-herba-komersial-hempedu-bumi/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1