Kacip Fatimah

Pokok ini kebanyakkan tumbuh liar di hutan dan belukar terutamanya di kawasan lembap dan teduh.Herba ini berdaun besar dan berbatang keras tetapi mempunyai daya tahan yang amat rendah. Daunnya berbentuk bujur dan memanjang sehingga 30cm dan 8cm lebar serta mempunyai urat besar yang memanjang daripada tangkai hingga ke hujung daun. Kacip fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi daunnya berwarna hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.

Labisia Pumila Benth

Sejenis tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan terbuka atau separa teduh boleh mendatangkan bahaya semasa penubuhan dan pertumbuhannya. Ia adalah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi dan mempunyai teduh.Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin. Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual.Kacip Fatimah kaya dengan ‘phytoestrogen’ dan ‘isoflavones’ yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. 

Berikut adalah amalan tradisional Kacip Fatimah yang biasa digunakan.

  • daun Kacip fatimah yang dicampurkan dengan minyak kelapa dan disapukan pada perut bayi dapat melegakan kesakitannya.
  • minuman rebusan dan perahan air daun kacip fatimah boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin.  
  • keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar.
  • amalan meminum air daun kacip fatimah juga dapat merawat PCOS.Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) merupakan sejenis penyakit sistem reproduksi wanita akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan. 

Artikel berkaitan dengan Kacip Fatimah

+ http://www.forestry.gov.my/herba/kacipfatimah_bm.pdf

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kacip_fatimah

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-herba-pokok-kacip-fatimah-2.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1