Kaduk

Walaupun bentuknya seakan-akan daun sireh, namun Kaduk masih berbeza dari segi permukaan daunnya yang lebih lembut, kehijauan warnanya yang lebih tua dan rasanya yang sedikit pedar dan pedas.Pucuknya boleh dimakan sebagai ulam dan daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedap dalam masakan berlemak. Herba ini agak terkenal untuk merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, lemah dan sakit pada tulang, batuk dan masalah panau.

Piper Sarmentosum Roxb

Pokok Kaduk  berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asia. Pokok Kaduk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan, tidak berbulu memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent) berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli, lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm panjang.Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, Daun bahagian rendah kebiasanya berbentuk bujur telur (ovate), bahagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bahagian pangkal berbentuk membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus (petiol) berukuran 2.5-5 cm panjang.

Daun kaduk digunakan dalam perubatan tradisional antaranya;

  • Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).
  • Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.
  • Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit apabila diminum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
  • Daun kaduk juga boleh digunakan sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat dan sebagainya.

Artikel Berkaitan Kaduk

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-kaduk.html

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kaduk

+ http://animhosnan.blogspot.my/2011/09/pokok-kadok.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1