Kantan

Kantan kebiasaannya tumbuh liar di kawasan belukar dan kawasan lembap. Bentuk dan daunnya seakan lengkuas namun saiznya lebih besar. Daunnya lebih panjang dan urat tengahnya melekuk dari pangkal daun hingga ke hujung.Ketinggian pokok ini mampu mencapai 3.5 meter bergantung kepada kesesuaian tanah.Bunganya pula berbentuk seludang menguntum berwarna merah jambu dan berbau wangi.Kebiasaanya herba ini digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan ia juga digunakan untuk menghilangkan bau busuk badan, hanyir ikan dan berkhasiat mengubati kencing manis dan darah tinggi.

Phaeomeria Speciosa Koord

Pokok herba yang berasal dari Malaysia ini kebanyakkannya ditanam di sekitar rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya (pucuk) untuk pertumbuhan. Ia mempunyai daun yang agak panjang seakan akan pokok lengkuas tapi lebih besar. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ianya kelihatan cantik dan unik. Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas dan hidup subur di kawasan-kawasan teduh.

Di dalam perubatan tradisional Kantan digunakan untuk mengubati penyakit sakit telinga dan membersihkan luka

  • Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.  Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.
  • Jika diamalkan selalu,ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.
  • Buah kantan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ubat bagi menghilangkan lendir dan kahak pada tekak.
  • Daun pokok kantan turut mempunyai khasiatnya tersendiri. Bagi mereka yang mengalami luka di badan, bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka.
  • buah kantan juga dikatakan mampu digunakan untuk menguatkan tenaga batin bagi lelaki. Dikatakan buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya (pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.)

Artikel berkaitan dengan Kantan

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-bunga-kantan.html

+ http://animhosnan.blogspot.my/2015/04/kantan-pes-bunga-kantan.html

+ http://www.malaysiavegetarianfood.com/2013/05/19/bunga-kantanthe-edible-wild-flower/

+ http://www.theborneopost.com/2013/10/03/bunga-kantan-have-health-benefits/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1