Kemunting Cina

Herba ini memiliki banyak nama antaranya pokok Tapak Dara, Janda Kedah, Vince, Rumput Jalang, Ros Pantai, Kembang Sari Cina dan beberapa nama lagi. Tumbuhan ini hidup subur di kawasan tropika dan dapat tumbuh mencapai ketinggian sehingga 2 kaki.Bunganya pula bukan sahaja cantik tetapi dapat bertahan lebih lama. Uniknya herba ini adalah ia mengandungi bahan perubatan ‘alkaloid vinblastine’ dan ‘alkaloid vincristine’yang merupakan bahan mustajab untuk merawat penyakit leukemia. Walau bagaimanapun, pokok ini termasuk dalam kategori tumbuhan beracun dan perlu mendapat nasihat doktor untuk dos penggunaan yang sesuai.

Cantharanthus Roseus

Herba ini dipercayai berasal dari Madagascar. Selain terdapat di Taman Herba Negeri Perak, habitat biasanya adalah di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir.Keseluruhan pokok ini digunakan untuk mengubati cirit-birit, kencing manis,kanser, penyakit kulit, resdung dan leukimia.Walaubagaimanapun wanita mengandung, mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, hati atau paru2, tekanan darah rendah dan sembelit harus mengelak Kemunting Cina. Herba ini dikatakan sangat sensetif dengan ubat-ubatan teruatamanya Warfarin (Coumadin).

Kegunaan Kemunting Cina boleh membantu meningkatkan banyak isu-isu kesihatan antaranya:

  • Minum air rebusan daun dan ranting dapat merawat batuk, leukemia, sesak nafas, sakit kepala, tekanan darah tinggi dan reumatisme. 
  • Membantu melawas buang air kecil dan air besar, mencuci darah dan merangsang haid.
  • Air rebusan bunga kemuning cina dikatakan mampu merawat asma, kembung perut dan usus. Manakala air rebusan 10 helai daun dan 10 kuntum bunganya dapat merawat kencing manis.

Artikel berkaitan dengan Kemunting Cina

+ http://panduanpercuma.info/petua-tips/6338/manfaat-kesihatan-kemunting-cina/

+ http://adrydaud.blogspot.my/2010/07/kemunting-cina.html

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=2&cat=HERBA

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1