Kesum

Pokok kesum berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan menjalar. Ðaunnya tersusun secara berselang pada batang, berwarna hijau tua dan sangat aromatik. Batangnya berbentuk silinder, berwarna hijau dan sedikit kemerah-merahan, mempunyai buku dan ruas yang pendek serta mudah berakar. Bunga kesum terdapat di hujung pucuk, berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan.

Amnya terdapat dua jenis kesum iaitu menjalar dan yang tumbuh agak menegak.Bahagian daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan dalam masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aromanya cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Selain digunakan dalam masakan, daun ini juga memiliki nilai perubatan. Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas.  Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. 

Polygonum Minus

Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris).Selain terdapat di Taman Herba Negeri Perak, pokok kesum juga boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi parit,tebing sungai dan tasik. Ia juga mampu hidup dan tumbuh liar di kawasan sejuk dan berbukit.Ia sejenis tumbuhan yang cepat membiak dan dapat menguasai sesuatu kawasan dengan cepat.

Kegunaan:

  • Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  
  • bagi menghilangkan panau, campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh. 
  • Cara untuk menghilangkan kelemumur menggunakan kesum ialah dengan menumbuk daunnya hingga lumat dan airnya diperah.Gosokkan air yang terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 
  • Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian.

Artikel berkaitan dengan Kesum

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-kesum.html

+ http://herba.herbal.my/kesum-polygonum-minus-huds

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=135&cat=HERBA

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1