Kunyit

Kunyit dikatakan berasal dari Asia Tenggara iaitu India dan Indo-Malaysia.Ketinggiannya mampu mencapai 1 hingga 1.5meter,membentuk rumpun seperti semak yang bergerombol.Daunnya tunggal dan bertangkai, hujung dan pangkalnya meruncing, bertulang menyirip,memiliki permukaan yang licin dan berwarna hijau pucat.Bentuk daun dan pelepahnya seperti pokok temu atau halia. Herba ini berkhasiat mengurangkan rasa gatal-gatal pada mata, melegakan penyakit kulit pada bayi, melegakan sakit bengkak dan radang sendi. Ia juga dikatakan mujarab mengubati gastrik, menghentikan pengaliran haid yang berterusan dan mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin.

Curcuma Domestica Loir

Kunyit merupakan salah satu jenis tanaman renek yang termasuk dalam famili Zingiberaceae yang mempunyai batang yang dibentuk dari pelepah daunnya. Kunyit atau Tumeric merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. ‘Tumeric’ juga digunakan sebagai bahan pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Dalam sejarah perubatan rakyat India, ‘tumeric’ dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia juga digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus.

Dalam perubatan dan perawatan tradisional kunyit digunakan yang antaranya adalah:

  • rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, ‘neuralgia’ (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik).
  • rawatan bengkak dan terseliuh serta luka dimana caranya kunyit yang disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan dengan air perahan limau.
  • untuk menyejukkan mata dengan cara meminum air rebusan kunyit 
  • dijadikan tonik apabila diminum kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu

Artikel berkaitan dengan Kunyit

+ http://perkebunan.litbang.pertanian.go.id/wp-content/uploads/2014/02/Perkebunan_KhasiatKunyit.pdf

+ http://www.forestry.gov.my/herba/kunyit.pdf

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kunyit

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1