Lada Hitam

Lada hitam sering dijadikan sebagai rempah ketika membuat masakan. Di samping membuat masakan menjadi lebih pedas, kehadiran lada hitam membuat masakan memiliki cita rasa yang khas. Lada hitam sendiri merupakan salah satu jenis rempah yang kehadirannya sudah terkenal sejak zaman dahulu. Lada hitam atau nama saintifiknya Piper Nigrum yang merupakan tanaman yang berbentuk kecil dan bulat dan berwarna hitam. Lada hitam memberi faedah yang banyak untuk kesihatan, antaranya adalah untuk membantu proses menurunkan berat badan, membantu mengatasi beberapa masalah pencernaan, membantu untuk meredakan flu, demam, dan batuk, sebagai anti depresi alami, membantu meredakan perut kembung dan sebagainya.

Piper Nigrum L.

Lada hitam sering dirujuk sebagai "raja rempah" dan juga dikenali sebagai peppercorn, kerana buah yang diperolehi dari tumbuhan ini menyerupai buah beri. Lada hitam merupakan sejenis herba memanjat dan memerlukan sokongan untuk tumbuh dan menghasilkan buah.Ia biasanya ditanam secara komersial di Negeri Johor dan Sarawak. Ia hidup subur dikawasan tanah tinggi dan berbukit.Lada hitam berasal dari Malabar, India dan dibawa ke Asia tenggara sejak 2000 tahun lalu dan semenjak itu ia ditanam di Malaysia dan Indonesia. Kemudian ianya ditanam pula di Thailand, Vietnam , China dan Sri Lanka.Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak diatas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput. Secara teknikalnya, buah lada adalah buah berbiji, berukuran kira-kira 5 mm lilitan, mengandungi benih besar tunggal di tengah-tengah.

Lada Hitam memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional antaranya:

  • bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi.
  • air rebusan lada hitam dikatakan dapat merawat sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala
  • untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.

Artikel berkaitan dengan lada Hitam

+ http://rawathpa.blogspot.my/2010/04/nama-tempatan-lada-hitam-nama-saintifik.html

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/02/kegunaan-lada-hitam-piper-nigrum-l.html

+ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

+ http://animhosnan.blogspot.my/2010/06/lada-hitam-piper-nigrum-linn-yang.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1