Lengkuas

Lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia Galanga banyak terdapat atau ditanam dikawasan lembap. Memiliki batang yang berwarna hijau, lembut, berempulur dan mempunyai ubi. Daun mudanya tumbuh daripada batang pokok yang tua. Bentuk daunya pula memanjang dengan bahagian hujung tajam seperti tombak. Lengkuas menghasilkan ubi berwarna merah jambu air dan kuning pucat serta mempunyai rasa pedas. Ubi yang tua akan menjadi berserat dan keras serta mengeluarkan bau harum yang kuat. Antara kegunaan lengkuas ini adalah boleh dihiris atau dijadikan serbuk, ubi ini antiseptik dan amat berguna untuk mengubati demam, sakit kepala, cirit birit, selepas bersalin, menguatkan penghadamann, menghapuskan cacing gelang, membersihkan darah serta sakit sewaktu datang haid.

Alpinia Galanga

Tanaman ini ditanam secara meluas di kawasan Asia tropika. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai rempah atau perasa serta juga sebagai ubat tradisi. Kepentingan perubatan tumbuhan ini telahpun dicacatkan dan didokumentasi di India sejak 600 SM. tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan Ayurvedik sedangkan di Malaysia digunakan sebagai ubatan sejak berabad yang lalu. Rizom lengkuas juga merupakan bahan minyak yang utama iaitu sineol.Lengkuas merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu jangkahayat yang panjang, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2 hingga 3 meter. Daunnya ringkas, licin dan berwarna hijau. Daunnya berbentuk memanjang dan runcing di hujung daun.

Terdapat kegunaan Lengkuas dalam perubatan tradisional antaranya adalah:

  • Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes (penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus).
  • Untuk mencegah mabuk laut dan mual, beberapa hiris lengkuas segar dikunyah. Cara ini dipercayai dapat secara efektif menghentikan rasa ingin muntah.
  • Dengan mengunyah beberapa hiris lengkuas segar juga dikatakan dapat mengurangkan masalah cirit-birit.

Artikel berkaitan dengan Lengkuas

+ http://www.forestry.gov.my/herba/lengkuas.pdf

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-lengkuas.html

+ http://pkkbeaufort.moh.gov.my/modules/artikel/item.php?itemid=27

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1