Lidah Buaya

Lidah Buaya merupakan pokok herba yang popular dalam bidang kosmetik dan produk kesihatan. Bahagian yang sering digunakan untuk tujuan perubatan adalah jus dan gel daunnya. Ini adalah kerana struktur daun pokok herba ini yang berisi tebal, bergerigi dan mempunyai akar serabut yang kuat. Lebar pokok boleh mencecah 60-120cm manakala panjang pokok mampu mencapai sehingga 80cm pada peringkat matang. Dari sudut amalan ubatan tradisional, Lidah Buaya dikatakan mampu melegakan luka, ruam, demam dan gatal-gatal kulit. Selain itu, herba ini dikatakan mujarab untuk mengubati luka terbakar, mengeluarkan racun dari tubuh dan menurunkan diabetis.

Aloe vera (L.) Burm.f

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli di antara bahagian timur, selatan dan utara Afrika dan Madagascar sehinggalah dibawa ia ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain.Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Morocco, Tunisia serta kepulauan Canary dan Madeira.Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

Lidah Buaya telah digunakan sebagai ubat tradisional yang diantaranya adalah:

  • dapat mengubati luka terbakar, caranya adalah: daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka bakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh.
  • boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat merah yang besar dan meradang, caranya cukup mudah, ambil lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air hangat.
  • boleh merawat rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci, kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci, lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.

Artikel berkaitan dengan Lidah Buaya

+ http://www.forestry.gov.my/herba/aloevera.pdf

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-lidah-buaya-aloe-vera.html

+ http://manfaatdaunobat.blogspot.my/2013/06/20-khasiat-dan-manfaat-daun-lidah-buaya.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1