Limau Purut

Limau purut hampir sama dengan limau nipis tetapi kulit buah limau purut lebih menggerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berapa berair. Pokok Limau purut biasanya tumbuh dalam ketinggian 5 meter.Batangnya berduri tajam, daunnya berbentuk kumbang dan rasa buahnya masam. Selain dijadikan sebagai perasa dalam makanan dan minuman, herba ini berkhasiat untuk menghilangkan kelemumur dan gatal-gatal di kepala. Selain itu, ia juga mampu memberikan tenaga dan memulihkan tenaga agar kembali segar.

Citrus Hystrix

Limau purut dikatakan berasal dari Asia Tenggara dan kini ianya terdapat hampir di semua Negara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand. Tumbuhan ini kalau di barat ia dipanggil Keiffer lime ; manakala bagi orang-orang Thailand memanggilnya sebagai Bai makrut, dan orang-orang Indonesia pula memanggilnya dengan Jerut purut, Ianya juga merupakan sejenis buah-buahan dari family Rutaceae yang ditanam untuk pelbagai kegunaan di kalangan masyarakat melayu terutamanya. Herba ini Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti septic, anti bacteria dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai kegunaan Limau Purut dalam dunia perubatan tradisional antaranya:

  • Dapat melancarkan sistem pernafasan dengan menyapukan pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan.
  • Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak dari masalah kekuningan pada gigi.
  • Sebiji buah limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur.
  • Buah limau itu dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
  • Limau purut juga dikatakan dapat memneri kesegaran dan kenyamanan dan juga meringankan masalah kulit seperti melegakan sakit kepala sambil merangsang perjalanan darah.

Artikel berkaitan dengan Limau Purut

+ http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-limau-purut.html

+ https://www.scribd.com/doc/288687605/limau-purut-pdf

+ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

+ http://akmalrusyd.blogspot.my/2014/09/kegunaan-dan-khasiat-limau-purut-kaffir.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1