Manggis

Manggis adalah sejenis buah-buah bermusim tergolong dalam keluarga Guttiferae. Sesuai di negara-negara beriklim tropika diantara 20-30 darjah celsius, ia memerlukan keadaan lembab dengan jumlah taburan hujan sebanyak 2,500 mm.Buah manggis memiki bentuk yang bulat dengan buah muda berwarna hijau dan menjadi ungu kehitaman kulitnya apabila masak. Ia mempuntai isi yang berwarna putih krim dengan tekstur sedikit berserat namun lembut berjus.Pokok manggis malar hijau berdaun tebal dengan batangnya kehitaman.Batang,buah dan daunnya jika dipetik ketika muda akan mengeluarkan getah berwarna kuning.Buahnya berulas-ulas dan manis. Herba ini dikatakan mujarab untuk mengubati anggota badan yang terseliuh, menyembuh luka-luka dalam tempoh yang singkat, mengatasi masalah kegemukkan dan mengatasi masalah prostat.

Garcinia Mangostana L.

Manggis merupakan tumbuhan yang berasal dari daerah Asia Tenggara meliputi Indonesia, Malaysia, Thailand dan Myanmar. Manggis merupakan tumbuhan pelbagai fungsi kerana sebahagian besar dari pokok ini dapat dijadikan sebagai bahan perubatan. Di luar negara manggis dikenali sebagai " Queen of the Tropical Fruits" yang merupakan refleksi campuran dari rasa masam dan manis yang tidak ada pada buah-buahan yang lain.Kulit buah Manggis matang mengandungi bahan Xanthone.Ia merupakan komponen aktif yang utama terdapat pada buah manggis disebut xanthones. Xanthone adalah sejenis senyawa polifenol yang baru ditemui yang secara biologi aktif dan secara strukturnya adalah hampir sama dengan bioflavanoids.Xanthone dan bahan produk sepertinya dipercayai terbukti memiliki beberapa kegunaan termasuk anti-inflamasi dan anti-radang (allergy).

Pastinya buah Manggis mempunyai pelbagai kegunaan sebagai perubatan tradisional seperti:

  • khasiat jus kulit manggis adalah seperti mengubati masalah pecah bibir atau Sariawan adalah dengan menyediakan kulit buah dari dua biji buah manggis segar yang dicuci dan dipotong-potong kulitnya terlebih dahulu. Rebus kulit manggis dengan 3 gelas air sehingga susut berkurang separuh. Setelah air rebusan sejuk maka ia ditapis  dan hasil rebusan dan buat untuk berkumur.
  • hasil rebusan daun manggis dan kulitnya untuk mengatasi berbagai gejala penyakit seperti menurunkan suhu tubuh semasa demam, mengatasi cirit birit dan gangguan saluran kencing. 
  • Buah manggis juga mengandungi bahan mineral seperti kuprum, manganese dan magnesium yang merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh untuk membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

Artikel berkaitan dengan manggis

+ http://animhosnan.blogspot.my/2015/05/manggis-kegunaan-kulit.html

+ http://pokok-manggis.blogspot.my

+ http://khasiatkulitmanggis.org

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1