Mas Cotek

Nama sainifik bagi Mas Cotek ini ialah Ficus Deltiodea atau nama lainnya ialah Sempit-Sempit, Delima Sudip,dan Serapat Angin. Ciri-ciri herba Mas Cotek ini mempunyai bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun. Ianya merupakan sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Terdiri daripada jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Khasiat herba Mas Cotek ini antaranya adalah boleh diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Herba mas cotek ini dipercayai dapat menyembuhkan serta membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.

Ficus Deltoidea

Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea.

Mas Cotek mempunyai kegunaan dan khasiat yang tinggi dalam rawatan tradisional melayu.

  • Air rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migrain) dan angin ahmar.
  • pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam.
  • Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
  • Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seksual bagi pasangan suami isteri.

Artikel berkaitan dengan Mas Cotek

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-mas-cotek.html

+ http://www.bio-asli.com/Herba/mascotek.asp

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1