Mengkudu

Herba ini dikatakan berasal dari india. Buahnya berbentuk seperti jantung dan boleh membesar sehingga 12cm panjang.Ketika muda buahnya berwarna hijau, kemudian menjadi kuning susu dan berubah menjadi putih apabila masak.Menariknya herba ini adalah bahagian pokoknya berkhasiat dan berguna untuk kesihatan.Antara khasiat herba ini adalah menyekat pertumbuhan barah, merangsang pertumbuhan tisu, merawat diabetes, merendahkan tekanan darah tinggi, mengeluarkan angin dalam badan, menambah selera makan dan melegakan batuk serta cirit-birit.

Morinda Citrifolia

Mengkudu termasuk tumbuhan keluarga Rubiacea, yang pada mulanya berasal dari wilayah daratan Asia Tenggara dan kemudian menyebar sampai ke Cina, India, Filipina, Hawaii, Tahiti, Afrika, Australia, Karibia, Haiti, Fiji, Florida dan Kuba. Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan.Kajian saintifik mendapati kandungan proxeronine dalam buah mengkudu lebih tinggi daripada nanas. Proxeronine adalah penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Manakala Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.

Dalam perubatan tradisional, Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan seperti:

  • Untuk menghaluskan kulit akibat dari kulit kering dan bersisik, caranya adalah gosok bahagian kulit bersisik menggunakan buah mengkudu secara merata, biarkan selama 10 minit. Setelah itu, bersihkan menggunakan kain yang sudah dibasahi oleh air suam.
  • Minum jus mengkudu secara berterusan dapat menguatkan tulang-tulang dalam tubuh.
  • Khasiat buah mengkudu adalah merawat sakit perut. Kaedahnya adalah ambil 2-3 lembar daun mengkudu. Setelah dicuci bersih, kemudian ditumbuk halus, ditambah garam dan dijerang dengan air panas. Setelah sejuk, airnya di tapis dan di minum.
  • Untuk mengatasi masalah darah tinggi, sediakan dua buah Mengkudu yang telah masak dan satu senduk makan madu. Buah mengkudu di perah untuk diambil airnya, kemudian dicampur dengan madu. Ramuan ini di minum dua hari sekali.

Artikel berkaitan dengan mengkudu

+ http://www.ekafood.com/khasiatmengkudu.pdf

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-mengkudu.html

+ http://disehat.com/manfaat-daun-dan-buah-mengkudu-untuk-kesehatan/

+ http://manfaatbuahdaun.blogspot.my/2014/01/manfaat-dan-khasiat-buah-mengkudu-untuk.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1