Misai Kucing

Kecantikkan Misai Kucing sering dijadikan pokok bunga hiasan dan boleh ditemui di taman-taman tempatan.Herba ini menjadi terkenal setelah dikatakan menjadi bahan diuretik paling selamat berbanding herba lain. Bahan diuretik merupakan penggalak diuresis (penyingkiran air kencing) tanpa memudaratkan fungsi ginjal (buah pinggang).Selain itu Misai Kucing seringkali digunakan merawat sakit-sakit sendi akibat artritis (penyakit sendi), gout (sembap) dan reumatisme (penyakit sengal).Menarik lagi, Misai Kucing kini merupakan salah satu herba yang diluluskan oleh pihak kerajaan Jerman sebagai rawatan untuk meningkatkan isi padu air kencing supaya membantu mencegah batu karang buah pinggang.

Orthosiphon Aristatus

Pokok herba ini boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak dan umumnya terdapat hampir di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika.Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.

Terdapat banyak kegunaan yang terdapat pada pokok Misai Kucing ini iaitu:

  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.
  • Mengamalkan minuman herba misai kucing dapat bantu merawat sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
  • Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik (sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.

Artikel berkaitan dengan Misai Kucing

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-misai-kucing.html

+ http://melur.com/myherba.asp?plant_id=21

+ http://www.frim.gov.my/v1/fin/file/MY_899_20140718_N_UTSW_TMPT_PG4_1837c.pdf

+ http://ira-azalea.blogspot.my/2013/02/khasiat-tumbuhan-misai-kucing.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1