Nilam

Nilam merupakan pokok herba yang renik, mempunyai banyak cabang dan mampu tumbuh hingga 1.0 meter tinggi.Daunnya pula berbentuk ovate, bersaiz 8 hingga 10 sentimeter panjang, berkelebaran diantara 5 hingga 8 sentimeter, tebal dan bergerigi.Daunnya juga berwarna hijau tua keungu-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas. Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus.Tumbuhan herba ini digunakan untuk merawat sakit tekak, asma, batuk dan demam. Selain daunnya yang beraroma dan digunakan dalam industri wangian, herba ini juga digunakan dalam membuat produk seperti sabun,bahan pencuci, syampu dan ubat antiserangga.

Pogostemon Cablin Benth

Pokok Nilam yang terdapat di Taman Herba Negeri Perak ini dikatakan berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina. Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Nilam banyak diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil.

Nilam banyak digunakan dalam perubatan tradisional dan industri wangian

  • Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam. Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil' di pasaran antarabangsa.
  • Dalam perubatan tradisional Cina, herba ini digunakan untuk selsema, demam, sakit kepala, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut dan merangsang selera makan.
  • Daun dan pucuk digunakan dalam mandian; sebagai tindakan antirheumatic.
  • Minyak nilam banyak digunakan dalam industri wangian dan cirinya yang boleh mengikat (fixative) minyak pati yang lain menjadikanya sangat penting dalam pembuatan minyak wangi.

Artikel berkaitan dengan Nilam

+ http://melur.com/myherba.asp?plant_id=114&cat=

+ http://pokok-herba-ensiklopedia.blogspot.my

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2013/07/nilam.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1