Pala

Buah pala adalah tumbuhan berbentuk pohon. Daun pala berbentuk elips dan langsing manakala buahnya berbentuk lonjong seperti buah lemon serta memiliki warna kuning dan aroma yang tersendiri. Apabila masak, bahagian kulit serta isinya akan terbuka, manakala bijinya pula terlihat seperti berbungkus yang berwarna merah. Biji pala pula berwarna coklat. Buah pala dapat menghasilkan minyak atsiri. selain itu, buah pala banyak mengandungi protein, lemak, pati gula vitamin A, vitamin B1 serta vitamin C. Khasiatnya adalah untuk mengubati sakit kejang, mual dan loya, kembung perut, sakit tekak, serta masalah sukar tidur dalam kalangan kanak-kanak.

Myristica Fragrans

Buah Pala dikatakan berasal dari Asia Tenggara dan Australasia.Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah Pokok Pala Biasa atau Harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga didapati di Caribbean, khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk Pokok Pala Papua, M. argentea; dari New Guinea dan Pokok Pala Mumbai, M. malabarica, dari India; kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk buah pala.

Kandungan Buah Pala memiliki pelbagai kegunaan tradisional antaranya:

  • Merawat penyakit sukar tidur (Insomnia) dimana air rebusan buah pala diminum sebelum tidur.
  • Buah Pala dikatakan dapat menambah nafsu makan terutamanya untuk kanak-kanak yang kurang selera makan. Enzim lipase yang ada dalam buah pala bermanfaat untuk menambah atau meningkatkan nafsu makan.
  • Buah pala yang dimakan juga memiliki sifat antiemetik. Antiemetik tersebut bermanfaat untuk menghilangkan mual dan muntah

Artikel berkaitan dengan Pala

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_pala

+ http://manfaat.co.id/manfaat-buah-pala

+ http://www.tipscaramanfaat.com/manfaat-pala-untuk-kesehatan-1756.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1