Pandan Wangi

Pandan wangi merupakan sejenis tumbuhan monokotil dari familia Pandanaceae. Pandan wangi merupakan tanaman perdu dan banyak dijumpai di perkarangan rumah. Pandan wangi memiliki kandungan seperti saponin, alkaloida, flavonoida, tanin, palifenol, dan zat warna. Ciri-ciri pandan wangi ini antara lain memiliki batang yang bulat dengan bekas duduk daun dan bercabang, memiliki daun yang berwarna hijau dengan panjangnya mencapai 55-75cm dan lebarnya yang mencapai 4-5cm. Pandan wangi ini juga memiliki manfaat untuk kesihatan antaranya mengatasi kegelisahan, menambah selera makan, menurunkan tekanan darah tinggi, mengatasi lemah syahwat serta memberi manfaat untuk kecantikan seperti mengatasi masalah rambut gugur, menghitamkan serta mewangikan rambut.

Pandanus Odorus

Pandan wangi yang juga dikenali sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.

Pandan wangi mempunyai berbagai-bagai kegunaan dalam penyediaan makanan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

  • Kebiasaannya ianya digunakan sebagai pewarna, pewangi serta perangsang selera.Ambil 2 helai daun pandan, cuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga tinggal separuh.Saring airnya dan minum ramuan tersebut 2 kali sehari.
  • Minum air rebusan pandan wangi dikatakan dapat merawat penyakit demam campak dan juga dikatakan berkesan bagi mengubati penyakit gonorea, sifillis, denggi dan anaemia.
  • Untuk merawat penyakit lemah saraf,Ambil 3 helai daun Pandan wangi, cuci bersih kemudian dipotong-potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas sahaja. Setelah sejuk, minum ramuan tersebut 2 kali sehari setiap pagi dan petang, masing-masing satu gelas setiap kali minum 

Artikel berkaitan dengan Pandan Wangi

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=85&cat=HERBA

+ http://pokok-herba-ensiklopedia.blogspot.my

+ http://shahkb.blogspot.my/2015/06/10-manfaat-daun-pandan-wangi-untuk.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1