Pegaga

Pegaga mempunyai banyak spesis seperti pegaga embun (Centella asiatica), pegaga tekukur atau pegaga tikus (Geophilia repens), pegaga gajah (Rotundifolia) dan pegaga air, tergolong dalam keluarga umbelliferae. Semua pegaga mudah tumbuh di kawasan redup dan lembap. Daun pegaga tunggal dan bergerigi di bahagian tepi serta melekuk di bahagian tangkainya. Tangkainya juga memanjang di antara 5-10 cm, terutamanya pegagaga gajah. Walaupun daun pegaga digambarkan sebagai reniform namun penampilan sebenar daunnya seperti belahan otak manusia (kecuali pegaga air membulat). Khasiatnya adalah untuk menguatkan ingatan dan sistem pertahanan diri daripada jangkitan pedih hati, menyejukkan tubuh badan dan mencegah daripada terkena darah tinggi. amalkan memakannya secara mentah atau dijadikan kerabu dan sebagainya.

Centella Asiatica

Tumbuhan ini telahpun diketahui kegunaannya sejak dahulu kala lagi terutama dalam perawatan Ayurvedik di India serta rawatan bagi masyarakat Cina dan Madagaskar. Tumbuhan ini disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang sangat penting untuk dipelihara dan ditanam.Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.

Antara amalan perubatan tradisional pegaga yang digunakan adalah:

  • Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. 
  • Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan kusta dan reumatik (sakit sendi).
  • Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. 
  • Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
  • Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Artikel berkaitan dengan Pegaga

+ http://www.forestry.gov.my/herba/pegaga.pdf

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-ulam-pegaga.html

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pegaga

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1