Pokok Bidara

Pokok bidara memiliki saiz sederhana tetapi mampu mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Bunganya berwarna putih kekuningan dan mempunyai lima kelopok berbentuk bintang.Buahnya juga berbentuk bujur, berkilat dan mempunyai rasa yang manis.Buahnya lembut, berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. Daunnya tunggal dan tumbuh diantara 4 hingga 5cm sehelai disepanjang batang.Permukaan atas daunnya berkilat manakala bahagian bawahnya pula berbaldu halus. Kulitnya licin pada amnya berkilat, nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Herba ini mujarab untuk merawat demam, cirit-birit dan boleh menjadikan rambut lembut dan hitam berkilat. 

Ziziphus Mauritiana

Terdapat beratus jenis pokok bidara di seluruh dunia. Ia satu pokok yg boleh hidup dan tahan lasak kepada iklim serta suhu melampau.  Ia boleh tumbuh di kawasan kering dan panas di Afrika Utara dan Arab, serta di kawasan lembab seperti iklim tropika dan khatulistiwa.  Malah negara beriklim sejuk sederhana (temperate) bersuhu 10-15C seperti di China Utara, USA dan banyak negara juga boleh ditanam. Umur pokok ini pula boleh mencapai beratus tahun macam pokok zaitun terutama pokok bidara liar yg lebih banyak berduri. Pokok bidara yg ditanam secara komersial kurang berduri, mempunyai daun dan buah yg lebih besar. Dalam masyarakat Melayu di negara kita, daun bidara banyak digunakan utk memandikan jenazah dan melembutkan anggotanya. Selain digunakan untuk membersih tubuh badan, ia juga diguna dlm perubatan tradisional melayu untuk merawat gangguan dan sihir serta mengeluarkan racun daripada badan. Akar, batang, kulit pokok, buah daun dan bunganya mempunyai pelbagai kegunaan perubatan tradisional yg tinggi.

Kegunaan Bidara dalam perubatan tradisional:

  • Daun pokok Bidara yang direbus dan diminum dapat mengurangkan masalah hepatitis, demam, lelah, cirit-birit, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), dan masalah kitaran haid.
  • memakan buahnya dikatakan dapat merawat masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. 
  • bijinya pula boleh digunakan untuk mengurangkan rasa loya dan muntah, radang sendi dan cirit-birit.

Artikel berkaitan dengan Bidara

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/12/khasiat-bidara.html

+ http://kesehatandia.blogspot.my/2015/01/manfaat-tanaman-dan-buah-bidara-bagi-kesehatan.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1