Serai

Serai atau Serai Kayu terkenal di negeri-negeri Pantai Timur. Di Indonesia, ia disebut sebagai pokok salam. Pokoknya sederhana besar dan tumbuh menegak tetapi jika kerap diambil pucuknya ia akan merimbun. Daun mudanya berwarna coklat kemerahan dan yang tua agak tebal sementara rantingnya liat. Pucuk yang muda rasanya kelat seperti daun jambu serta beraroma. Antara khasiatnya adalah untuk merawat cirit-birit, melegakan gatal-gatal serta mengubati kencing manis. sebagai info tambahan, daun mudanya amat digemari oleh kaum wanita untuk dijadikan ulam, namun kegunaan yang utama ialah dijadikan ramuan di dalam pelbagai masakan, terutamanya laksam.

Syzygium Polyanthum

Pokok Serai Kayu atau pokok salam merupakan sejenis pokok tropika, Ia merupakan pokok setinggi 30 meter dengan batang yang berwarna kelabu dan bersisik. Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan. Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah :euginol, citral, tanin, flavanoid dan metachavicol. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Antara kegunaan daun serai kayu dalam perubatan tradisional adalah:

  • merawat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.
  • mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum.
  • mengubat kudis dengan cara ditumbuk akar dan kulit batang serai kayu hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut.
  • dikatakan boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.

Artikel berkaitan dengan Serai

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Serai_Kayu

+ http://sulaiman-osman.blogspot.my/2015/12/pokok-serai-kayu.html

+ http://urutantradisionalproplus.blogspot.my/2014/10/daun-serai-kayu-rawat-darah-tinggi-dari.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1