Serai Wangi

Mengikut para pengamal perubatan tradisional, semua serai mempunyai khasiat, sama ada serai biasa (Cymbopogon citratus) atau serai wangi (Cymbopogon nardus). Pokok serai wangi ini sama seperti serai biasa cuma terdapat perbezaann pada daunnya. Daun serai wangi lebih lebar dan besar sementara perdunya berwarna coklat. Daunnya apabila diramas mengeluarkan aroma yang sungguh wangi. Khasiatnya adalah untuk merawat sengal-sengal sendi, membetulkan urat-urat yang terseliuh, bengkak-bengkak atau biru birat akibat terkena objek keras, terkena air panas, digigit seranngga berbisa atau kembung perut. Antara lain khasiat serai wangi ini adalah untuk menghalau lipas dengan cara mengambil daunnya dan pintalkan. Kemudian letakkan pada tempat yang selalu didatangi lipas. Kelebihan serai wangi ialah ia boleh digunakan untuk membuat minyak angin dan juga dijadikan sebagai campuran dalam teh herba.

Cymbopogon Nardus

Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm. Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.

Seperti Serai kayu, herba ini juga digunakan di dalam perubatan tradisional sejak dari dahulu lagi.

  • Air rebusan daun serai wangi yang dipanas bersama dengan daun gendarusa dicampur dengan lada hitam digunakan untuk memandikan kanak-kanak selepas bersalin.
  • Akarnya digunakan untuk merawat diuretik (kerap berlaku kencing) dan sudorifik atau diaporetik (berperanan sebagai dadah untuk merangsang pengeluaran peluh). 
  • daun serai wangi yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi, mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.

Artikel berkaitan dengan Serai Wangi

+ http://www.forestry.gov.my/herba/seraiwangi.pdf

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-serai-wangi.html

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=17&cat=HERBA

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1