Sirih

Terdapat tiga jenis daun Sirih @ Sireh yang dikenalpasti tumbuh pada alam ini, iaitu Sirih hijau, Sirih merah, dan Sirih hitam. Daripada tiga jenis daun Sirih tersebut, Sirih hijau dan Sirih merah yang lebih dikenali untuk dijadikan herba. Kebiasaannya, tanaman Sirih ini banyak ditanam dan dijumpai di kawasan-kawasan kampung dan tumbuh merambat. Ada juga yang menjadikan pokok daun Sirih ini sebagai tanaman hiasan di perkarangan rumah dan juga perubatan tradisional. Manfaat daun Sirih ini termasuklah untuk mengubati penyakit asma, menghilangkan bau badan, menyembuhkan penyakit kulit, merawat sakit mata, sakit gigi dan gusi yang bengkak, menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan berbagai-bagai lagi.

Piper Betle

Piper Betle atau Sirih merupakan Sejenis herba yang terdapat di Taman Herba Negeri Perak dan juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.Sifat tabii sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. - 12sm. lebar dan 10sm. - 15sm. panjang.  Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.

Dalam perubatan tradisional Melayu, Sirih digunakan mengubati pelbagai jenis penyakit.

  • Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci ruang sulit wanita terutamanya setiap kali selepas buang air kecil
  • Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.
  • Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.  Jika tidak mahu minum airnya; kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Artikel berkaitan dengan Sirih

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=108&cat=HERBA

+ http://www.pnm.gov.my/sirihpinang/sp-sirih.htm

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-daun-sirih-2.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1