Terung Susu Kambing

Terung Susu Kambing mempunyai daun seperti daun terung pipit tetapi daun terung ini berduri panjang dan tumbuh pada urat-urat daun. Buahnya terbit di sepanjang batang dan dahan dengan bunganya berwarna biru muda. Bentuk terungnya seperti susu dengan pangkal buah mempunyai lima lagi puting yang juga membentuk puting-puting kecil seperti puting susu. Buah yang muda berwarna putih kemudiannya bertukar menjadi kekuningan dan apabila cukup masak berwarna oren serta berkilat. Buahnya mengandungi biji-biji keras berwarna hitam. Isi buahnya kelat dan masam sedikit, tetapi enak dibuat ulam jika dicelur dalam air yang mendidih terlebih dahulu. Antara khasiatnya adalah sebagai penawar sakit barah payudara, barah usus, barah rahim dan gout serta mengubati lemah jantung. Di samping itu, bijinya amat berkesan bagi mereka yang mengidap kencing manis kerana ia dapat menurunkan kandungan gula.

Solanum Mammosum L.

Terung susu kambing juga dikenali dengan nama terung tetek kambing berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Terung susu kambing satu famili dengan terung biasa. Ia mepunyai ketinggian sehingga 1.5 meter.Ia membiak melalui biji benih dan merupakan tumbuhan dikot dari famili solanaceae, iaitu sama famili dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

Terung Susu Kambing memiliki pelbagai manfaat dan kegunaan di dalam perubatan tradisional.

  • Buah yang masak dicelur dan dimakan sebagai ulam.
  • Air rebusan buah dan diminum dikatakan dapat merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir, gout dan barah payu dara.
  • Buah terung susu kambing yang dikisar dan jusnya diminum dikatakan dapat membantu merawat sakit jantung.
  • Untuk mencegah dan merawat kanser payudara buah ini dikisar dan disapukan pada sekeliling payudara setiap malam selain itu airnya diminum 2 kali sehari.

Artikel berkaitan dengan Terung Susu Kambing

+ http://perihalbarah.blogspot.my/2012/05/terung-susu-kambing.html

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=124&cat=HERBA

+ http://khodaria.blogspot.my/2012/01/terong-susu-solanum-mammosum-l.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1