Tongkat Ali Hitam

Tongkat Ali Hitam berada dalam kumpulan famili Annonaceae merupakan salah satu lagi khazanah alam yang berkhasiat untuk lelaki terutamanya. Daunnya jenis tunggal terbit berselang-seli di batangnya. Daunnya berbentuk bujur panjang dan meruncing di bahagian hujung, mempunyai urat-urat yang jelas dan melekuk pada permukaan daun hingga daun kelihatan berkedut tetapi berkilat. Seperti mana tongkat ali (Eurycoma longifolia) batang tongkat ali hitam ini melurus dan jarang yang bercabang. Bezanya batang pokok ini berwarna hitam dan 'membongkok' ketika masih muda bagi mendedahkan dirinya kepada cahaya. Antara khasiatnya adalah untuk mengubati lemah tenaga batin. Selain itu, kegunaannya untuk dijadikan penawar darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Penampilan tongkat ali hitam yang unik memudahkannya dikenali jika berada dalam kalangan pelbagai spesis hutan lain.

Polyalthia Bullata King

Herba ini boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak dan lokasi yang boleh dicari adalah di dalam hutan hujan tropika di Malaysia, Myanmar, Thailand dan Indonesia. Dengan penampilannya yang unik, pokok ini mudah dikenali jika berada di kalangan berbagai spesies tumbuhan hutan. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai tujuan perubatan tetapi keutamaan faedahnya lebih tertumpu pada akarnya.Tongkat Ali hitam termasuk sebagai jenis yang paling mahal kerana kesusahan mendapatnya dan mempunyai nilai-nilai perubatan yang lebih baik.

Tongkat Ali Hitam mempunyai pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional.

  • Herba ini sering digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan.
  • Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus)
  • tumbuhan ini juga dikatakan dapat menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan.

Artikel yang berkaitan dengan Tongkat Ali Hitam

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2013/08/tongkat-ali-hitam.html

+ http://wtech-csc.blogspot.my/p/pengenalan.html

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=147&cat=HERBA

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1