Vanila

Vanila adalah sejenis perasa yang berasal dari bunga anggerik dan ianya adalah herba merambat yang memanjat.Ia tumbuh pada ketinggian 10 hingga 15 meter, menyokong diri pada tanaman perumah dengan menggunakan akar udara.Bunganya yang mengeluarkan bau yang wangi, bersaiz besar dan berwarna hijau-kuning pucat.Herba ini berbunga sekali setahun selama sekitar dua bulan.Vanilin dari buah vanila kini banyak digunakan dalam industri makanan, perubatan, wangian, cat dan sebagainya. Salah satu spesis yang dikesan mempunyai nilai komersial adalah vanilla planifolia Andrew yang dikenalpasti banyak di tanam di Malaysia.

Vanilla Planifolia

Pokok vanila merupakan sejenis tumbuhan orkid yang berasal dari negara Mexico merangkumi 110 spesis yang telah dikenal pasti. Suatu masa dahulu, kaum Totonac di Mexico terkenal dengan penghasilan vanila yang terkemuka di dunia. Sehinggalah pada kurun ke-19 orang Perancis di Mexico mula mempelajari cara pendebungaan bunga dan bagaimana untuk menghasilkan vanila daripada kaum Totonac ini. Vanila sebenarnya berasal daripada orkid vanila.atau nama saintifiknya Vanilla planifolia iaitu sejenis orkid tropika yang tumbuh menjalar pada pokok lain atau pancang kayu. Pokok ini boleh menjalar sehingga lima meter panjang. Kekacang vanila yang terdapat pada spesies orkid tersebut diasing dan dijemur di bawah cahaya matahari atau dikeringkan di dalam ketuhar.

Antara kegunaan Vanila dalam perubatan tradisional ialah:

  • Vanilin yang terkandung dalam pokok vanila bersifat antikarsinogenik, antiklastrogen, antimutagenik dan antivirus.
  • Asid vanilik pula bersifat antiinflamasi, antioksida dan antibakteria.
  • Ubatan yang berasaskan ekstrak vanila mampu menyembuhkan mati pucuk.
  • Mengikut kajian saintis, bau vanila boleh 'menipu' otak untuk menghilangkan rasa lapar.

Artikel berkaitan dengan Vanila

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Vanila

+ http://eprints.usm.my/2032/1/Sumber_Alternatif_Vanila.pdf

+ http://jbiotechnandan.blogspot.my/2010/08/vanila-vanilla-planifolia.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1