Laman Perubatan

Cantik, Tenang dan Damai. Inilah kata-kata yang boleh diucapkan sekiranya anda berjaya memijakkan kaki ke Laman Perubatan ini. Lokasinya yang terletak di barat daya dan penjuru Taman Herba pastinya memberikan kelainan kepada anda kerana kontur tanahnya yang lebih tinggi berbanding kawasan lain. Bererti, anda akan melihat satu lagi panorama indah yang ditawarkan oleh Taman Herba iaitu suasana kampung dengan keunikkan landskap yang mengabungkan elemen kolam, padang, pokok kelapa, rimbunan pokok buluh dan berbagai-bagai lagi keindahan.

Dalam keasyikkan melihat pemandangan, jangan dilupa anda sedang berada di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok herba yang digunakan untuk tujuan perubatan. Pokok-pokok seperti Duri Tujuh Bilah, Kerdas, Raja Kayu dan bermacam-macam lagi adalah pokok yang menyimpan 1001 khasiat yang dikatakan mampu dijadikan ikhtiar menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. 

Sambil menimba ilmu tentang kegunaan dan khasiat pokok herba, apa salahnya jika sekali-sekala anda mengasah bakat atau menajam kemahiran dengan melukis pemandangan Taman Herba dari  tebing Laman Perubatan ini. Jangan lupa bawa sekali lukisan, pensil dan warna apabila anda sampai ke sini!

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1