Laman Ulaman

Berada di Laman Ulaman membuatkan diri anda seperti berada di taman alam fantasi yang luas yang dikelilingi beranika pokok rendang, hijau dan rimbun. Tapaknya yang terletak bersebelahan dengan kolam yang terbentang luas memberikan anda peluang melihat sendiri pokok-pokok herba ulaman yang sering dijadikan sajian makan tengahari rakyat Malaysia. 

Makan ulam-ulaman di laman ulamannya boleh dikatakan kembali ke alam semulajadi. Oleh itu, Laman Ulaman sememangnya sangat sesuai dijadikan tempat untuk berkumpul bersama rakan dan keluarga sambil menghayati keindahan alam semulajadi. Sekiranya anda berhajat berkelah bersama keluarga di tapak Laman Ulaman ini, anda boleh mendapatkan kebenaran di kaunter utama pejabat. Pilihlah tempat yang sesuai untuk berkelah dan pastikan kumpulan anda menjaga keselamatan dan kebersihan sepanjang berada di Laman Ulaman ini.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1