Laman Warisan 2

Laman Warisan 2 pernah mencatat sejarahnya tersendiri. Bukan sekadar memiliki pelbagai tumbuhan herba yang menarik dan unik tetapi ia pernah dilawati oleh Sultan Perak yang ke-34 iaitu Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah mencemar duli merasmikan Taman Herba Negeri Perak pada 18 Jun 2009. 

Lokasinya yang berdekatan dengan anak sungai dan bertentangan dengan Tapak Semaian, pasti memudahkan anda untuk bergerak dan menghayati keindahan landskap yang terdapat disini. Di dalam tapak ini, disediakan laluan pejalan kaki yang ditanam pelbagai jenis pokok herba dikiri dan kanannya. Tak salah sekiranya anda membawa buku catatan peribadi bagi mencatat jenis-jenis pokok herba yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.

Spesis pokok herba seperti Akar Dani, Balung Ayam, Belongan, Cekak Manis Gajah, Ceraka, Ekor Naga, Ganyung Merah, Hempedu Beruang dan banyak lagi adalah sebab utama kenapa anda perlu masuk ke Laman Warisan 2 ini bagi melihat sendiri kecantikan, keunikkan dan khasiat pokok-pokok herba tersebut.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1