Laman Warisan 3

Mengabungkan elemen alam, taman dan herba, Laman Warisan 3 pastinya memberikan satu pengalaman yang unik buat anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Dengan warisan pelbagai pokok herba yang berusia lebih dari belasan tahun, laman ini merupakan satu ruang pembelajaran dan rekreasi yang terbaik buat keluarga anda terutamanya anak-anak yang baru mula belajar mengenal alam.

Bawalah keluarga anda menghabiskan masa berkualiti bersama-sama dengan meneroka ilmu tentang alam iaitu mempelajari tentang khasiat dan kegunaan pokok-pokok herba warisan seperti Tapak Merpati, Temu Mas, Gandarusa Hijau, Cermai, Macang, Cengkih, Dedap dan banyak lagi yang memiliki bermacam-macam manfaat dan potensi kesihatan berdasarkan alam semula jadi.

Laman Warisan 3 juga menyediakan trek pejalan kaki yang memudahkan anda bergerak dari satu ke satu pokok herba yang lain. Ceritakanlah kepada ahli keluarga anda tentang kegunaan dan khasiat sepertimana yang terdapat di papan tanda setiap pokok herba. Disamping itu, anda juga boleh meneliti rekabentuk, menghidu bau dan menyentuh daun pokok herba bagi merasakan sendiri keunikkan, perbezaan dan estetika setiap pokok herba.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1