Tapak Semaian

Tidak lengkap kunjungan ke Taman Herba sekiranya anda tidak menjejakkan kaki ke Tapak Semaian. Di sini satu-satunya tempat jualan pelbagai jenis pokok herba untuk para pengujung yang ingin membeli secara terus pokok herba yang terdapat di taman ini. Dengan harga bermula serendah RM4 sepokok, sudah tentu harga yang ditawarkan adalah lebih berbaloi berbanding pusat penjualan pokok di luar.

Membeli belah Herba

Pilihlah pokok herba yang segar dan sesuai dengan keperluan dan minat anda. Di sini disediakan beg plastik untuk kemudahan anda membawa pulang pokok herba ke rumah. Setelah selesai memilih, anda boleh membuat pembayaran di kaunter pejabat atau boleh membayar terus kepada petugas yang menjaga di tapak semaian ini. 

Seandainya anda ada kemusykilan tentang herba, jangan malu untuk bertanya kepada petugas tapak semaian ini yang sentiasa bersedia menjawab segala pertanyaan anda tentang khasiat dan kegunaan pokok herba yang ada. 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1